Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.la.mu.la] | مولا٢

Definisi : 1. terlebih dahulu, pd awalnya, pertama-tama: binatang yg ~ sekali mening-galkan laut utk hidup di darat ialah cacing; 2. sejak, semenjak: ~ sampai ia belum makan lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.la.mu.la] | مولا٢

Definisi : dahulu sekali; pd awalnya: ~ ia berasa takut tetapi lama-kelamaan ia berani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kera menegurkan tahinya.

Bermaksud :

Barang siapa yang berbuat salah, ialah yang mula-mula memperkatakan kesalahan itu.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Habis beralur maka beralu-alu.Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. beralur = berunding.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kera menegurkan tahinya.Barang siapa yang berbuat salah, ialah yang mula-mula memperkatakan kesalahan itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jejaknya keruh.Asal usulnya sejak mula sudah kurang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bakal lesung tak dapat dijadikan balok.Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak dihambat akar, dihambat dahan.Sesuatu pekerjaan yang telah dikerjakan dengan selamat dari mula sampai ke akhirnya. hambat = empang, tahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga.Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kusut di hujung dengan pangkal, kerana salah memulai.Seluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sungguhpun batang merdeka, ingat pucuk akan terempas.Sesuatu pekerjaan hendaklah dikaji dengan masak-masak dari mula sampai ke akhirnya supaya selamat dan sempurna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas