Batu kecil berguling naik, batu besar berguling turun. | Orang biasa menjadi mulia kerana harta; orang mulia menjadi hina sebab tiada berharta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai. | Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai. | Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar diambak, tinggi dianjung. | Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kaduk naik junjung. | Orang hina merasa dirinya mulia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggi dianjung, besar dilambuk. | Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung). dilambuk = digembur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cacing menjadi ular naga. | Orang hina menjadi orang mulia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kapuk segaul dengan kapas, bezanya takkan lepas. | Orang mulia dengan orang hina walaupun serupa keadaannya namun bezanya ketara juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana barang derham, sedia ada suratan Istanbul. | Pekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa. derham = wang, Istanbul = kota di negeri Turki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak. | Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |