Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.na.fiq] | منافق

Definisi : Ar 1. orang yg pd zahirnya mengaku keesaan Tuhan dan kerasulan Muhammad, tetapi sebenarnya tidak beriman; 2. orang yg amalan dan hatinya bertentangan dgn apa yg diperkatakannya; kemunafikan perihal munafik, sifat muna­fik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.na.fiq] | منافق

Definisi : berpura-pura beriman (jujur, setia dll) tetapi sebenarnya tidak; bermuka dua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
munafik (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan bermuka-muka, berpura-pura, bermanis-manis;,
Kata Terbitan : kemunafikan,

Peribahasa

Seperti sekelat muka dua.

Bermaksud :

Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari, b. Talam dua muka). sekelat = kain tenun daripada bulu domba.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Talam dua muka.Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti sekelat muka dua.Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari, b. Talam dua muka). sekelat = kain tenun daripada bulu domba.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ular berkepala dua.Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekerat ular, sekerat belut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari.Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Talam dua muka).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekerat ular, sekerat belut.Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ular berkepala dua).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira.Rupanya salih, tetapi hatinya amat jahat; munafik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas