Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mun.dur] | موندور

Definisi : 1. (berjalan, bergerak, dll) ke bela­kang, surut, undur, lwn mara: dia ~ setapak dan kemudian mara lagi beberapa tapak apabila polis itu beredar dr situ; 2. ki menjadi kurang (hasil pendapatan dll), berkurang, me­rosot: perusahaannya mulai ~; 3. tidak maju, terkebelakang, tertinggal, kolot: kebanyakan kaum perempuan masih lagi dlm keadaan lemah, ~, dan terkongkong; ~ maju ki tidak tetap hati, ragu-ragu; ~ teratur a) berundur dgn teratur (pasukan peperangan); b) mengundurkan diri dgn diam-diam; memundurkan menjadikan mundur, meng­undurkan, memerosotkan, mengebelakang­kan; kemunduran perihal mundur, kemerosotan: pekedai itu, sambil mengeluh, menceritakan ~ perniagaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mun.dur] | موندور

Definisi : 1 bergerak atau berjalan ke belakang; surut; undur: Ia ~ beberapa langkah apabila ternampak akan musuh di hadapannya. 2 tidak maju; tertinggal: Sejak sakit ini, ia ~ dlm pelajarannya. 3 menjadi kurang (bkn hasil pendapatan dll); merosot (bkn perniagaan dll): Perusahaan kain batik itu sudah mula ~. memundurkan menjadikan mundur; merosotkan. kemunduran keadaan mundur; kemerosotan: ~ kita dlm lapangan sains dan teknologi perlu diatasi segera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mundur (adjektif)
1. Bersinonim dengan merosot: meleset, menjunam, jatuh, turun, susut, surut, berkurangan,
Berantonim dengan maju

2. Bersinonim dengan terkebelakang: tertinggal, tidak maju, kolot, konservatif, kuno, merosot, meleset, miskin,
Berantonim dengan maju

Kata Terbitan : memundurkan, kemunduran,

Peribahasa

Sebelum tercapai pantang surut.

Bermaksud :

Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pantang patah di tengah.Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebelum tercapai pantang surut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebelum tercapai pantang surut.Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas