Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mungkin (kata tugas)
Bersinonim dengan barangkali, boleh jadi, harus, tidak mustahil, agak-agaknya, mudah-mudahan, mentak;,
Kata Terbitan : memungkinkan, kemungkinan,

Puisi
 

Duku dekat pohon melati,
     Banyaknya di bawah bunga bertabur;
Hatiku lekat mungkin ke mati,
     Rasa jiwa seumpama lebur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Alu pencungkil duri.

Bermaksud :

Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil duri).

 

Lihat selanjutnya...(40)

298

The leopard cannot change its spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(24)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berdua mendatangkan perbantahan.Tidak mungkin timbul perselisihan kalau hanya seorang diri. (Bandingkan dengan: Berbaur pangkal perceraian).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alu pencungkil duri.Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil duri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menyukat belut.Pekerjaan yang tak mungkin berhasil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti antan pencungkil duri.Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Alu pencungkil duri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takkan bernanah sebelum bengkak.Tidak mungkin dihukum kalau belum melakukan kesalahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Merajuk bukan kepada yang kasih (sayang).Tak mungkin terjadi kerana salah tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menantikan kucing bertanduk.Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kuaran bertelur, d. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menantikan kuaran bertelur.Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kucing bertanduk, d. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kurang taksir hilang laba.Kalau kurang hati-hati mungkin mendapat kerugian atau bahaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menghendaki urat lesung.Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas