Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 suka memberi; tidak kedekut. 2 pengasih dan penyayang. bermurah hati memberi sedekah, derma dll dgn suka hati: Ia telah ~ menghadiahkan wang sebanyak RM 1,000.00 kpd persatuan itu. kemurahan hati sifat murah hati; kebaikan hati; sifat pengasih dan penyayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
murah (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: menjunam, turun, merosot, meleset,
Berantonim dengan mahal

2. Dalam konteks rezeki
bersinonim dengan berlebih-lebih, melimpah-limpah, melimpah-ruah, bertimbun-timbun, melambak-lambak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : memurahkan, kemurahan, kemurahan hati, pemurah,

Puisi
 

Cina melompat lautan api,
     Merebut gemala di mulut naga;
Asal mendapat kehendak hati,
     Mahal murah dibayar harga.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai bertanak di kuali.

Bermaksud :

Terlalu murah hati sehingga binasa kerananya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Agih-agih kungkang.Terlampau murah hati atau suka memberi, hingga menderita kesusahan sendiri. kungkang = kera kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bertanak di kuali.Terlalu murah hati sehingga binasa kerananya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah.Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Negeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk.Orang kaya yang murah hati, biarpun banyak orang yang meminta pertolongan tiadalah ia akan jadi miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai.Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai.Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas