Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
musim (kata nama)
Bersinonim dengan masa, waktu, tempoh, jangka masa, jangka waktu;,
Kata Terbitan : bermusim,

Puisi
 

Ada seorang nama Cik Daud,
     Tanam bunga di tepi kolam;
Musim ini musim ribut,
     Bolehkah karam di laut dalam?


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Zaman beralih,
     musim bertukar.

Bermaksud :

Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.

 

Lihat selanjutnya...(5)

254

Make hay while the sun shines

Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.

Menjemur sementara panas

"People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.

''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Musim kemarau menghilirkan balok (= balak).Melakukan pekerjaan bukan pada waktunya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Zaman beralih, musim bertukar.Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbuat di alang tahun, belayar di luar musim.Mengerjakan sesuatu bukan pada waktunya. alang = tengah-tengah; berbuat = maksudnya: turun ke sawah atau ke ladang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim.Orang yang tidak tetap kedudukannya. rasam = adat, kebiasaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum tuarang panjang, buah sengkuang sebesar betis.Khabar angin yang dilebih-lebihkan. tuarang = musim kemarau.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas