Seperti ayam termakan rambut. | Bunyi nafas yang sesak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berair kerongkongan. | Mendapat rezeki. kerongkongan = pembuluh nafas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar. | Tidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. merih = pembuluh nafas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh. | Lain yang disindir lain yang merasa hati; lain yang berbuat salah lain pula yang merasa susah. menyiuk (siuk) = menarik nafas kerana sakit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |