Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[naf.kah] | نفقه

Definisi : 1. wang (makanan dll) yg diperlukan utk hidup, sara hidup: siapa yg menanggung ~ anak yatim itu? 2. makanan dll sehari-hari, rezeki; mencari ~ mencari rezeki (bekerja utk mendapatkan rezeki); 3. perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya: suami wajib menanggung ~ isterinya; ~ batin hak bersetubuh isteri; ~ zahir belanja hidup isteri; 4. bp pendapatan, gaji; menafkahi memberi nafkah, menyarai hidup seseorang; menafkahkan mengeluarkan (wang dll) utk makanan sehari-hari, membelanjakan (wang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[naf.kah] | نفقه

Definisi : 1 wang, makanan dll yg diperlukan utk hidup; sara hidup. 2 perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya. 3 makanan sehari-hari; rezeki: mencari ~ bekerja utk mendapatkan rezeki. menafkahi memberikan nafkah kpd; menyara hidup seseorang: Ayah bekerja keras utk ~ kami sekeluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nafkah
Rujuk :rezeki

Puisi
 

Anak dara pergi ke Jeddah,
     Sampai di Jeddah berperi-peri;
Menjual suara bukannya mudah,
     Hendak mencari nafkah sendiri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Memberakkan periuk nasi sendiri.

Bermaksud :

Mengkhianati tempat mencari nafkah atau tempat menumpang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Buat nasi tambah.Penambahan nafkah yang telah ada.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memberakkan periuk nasi sendiri.Mengkhianati tempat mencari nafkah atau tempat menumpang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seberat-berat beban, di atas kepala juga.Kitalah yang menanggung nafkah keluarga sendiri, orang lain hanya sekadar melihat saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gantung tak bertali, salai tak berapi.Isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya. (Bandingkan dengan: a. Bergantung sehasta tali, b. Bergantung tidak bertali).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takkan serik luka dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga.Kesukaran tidak pernah menghalangi orang untuk berusaha mencari nafkah hidupnya. serik = jera.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas