Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata naik;

Puisi
 

Cubalah abang naik rakit,
     Naik kereta pergi ke hulu;
Bolehlah abang tolong sedikit,
     Supaya adik bolehlah tahu.


Lihat selanjutnya...(116)
Peribahasa

Sirih naik,
     junjungan naik.

Bermaksud :

Mendapat untung dan bahagia silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(38)

300

The leopard does not change his spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Biarpun kucing naik haji, pulang mengeong juga

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard does not change his spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi biarpun kucing naik haji, pulang mengeong juga. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(33)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bulan naik matahari naik.Mendapat untung dan bahagia di kiri kanan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sirih naik, junjungan naik.Mendapat untung dan bahagia silih berganti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Naik tak bertangga, turun tak berpintu.Melakukan sesuatu perbuatan yang salah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Naik melompat, turun terjun.Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Naik dari janjang, turun dari tangga.Membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya. janjang = jenjang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Naik basuh kaki saja.Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak payah basuh kaki tangan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berjanjang naik, bertangga turun.Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik dari janjang, turun dari tangga, b. Naik di janjang di tangga, c. Naik tak bertangga, turun tak berpintu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Naik seperti semut, turun seperti ribut.Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kaduk naik junjung.Orang hina merasa dirinya mulia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kaki naik, kepala turun.Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala ke bawah, kaki ke atas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas