Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kehormatan, maruah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kehormatan; maruah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Puisi
 

Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
     Nama termasyhur zaman dahulu;
Baik-baik memilih intan,
     Takut terkena kaca dan batu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Tepuk nyamuk menjadi daki.

Bermaksud :

Tak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepak nyamuk menjadi daki).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menepak nyamuk menjadi daki.Tak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah. (Biasa juga: Mengusir nyamuk menerima daki).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tepuk nyamuk menjadi daki.Tak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepak nyamuk menjadi daki).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama.Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belangnya.Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar mati berkapankan kain cindai, jangan kain kadut.Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sampai bersalam, pulang berterajang.Masuk ke negeri orang dengan nama yang baik, tetapi pulang dengan nama yang jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati badan dikandung tanah, nama beredar ke mana-mana.Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati gajah meninggalkan gading, mati manusia meninggalkan nama.Orang kaya mati meninggalkan harta, orang alim meninggalkan ilmunya dan orang berjasa meninggalkan nama yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pulai berpangkat naik, manusia berpangkat turun.Manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas