| Nan pekak pelepas bedil, nan buta pengembus lesung, nan bisu penggera ayam, nan lumpur penghuni rumah. | Tiap-tiap orang itu ada dengan gunanya; simbol persatupaduan yang kukuh. penggera = orang yang menyergah, menggertak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk. | Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nan lurah (= rendah) juga diturut air. | Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nan dimaksud sampai, nan diamal pecah. | Sudah tercapai apa-apa yang dicita-citakan. amal = idaman, cita-cita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nan digalikan dalam, nan digantungkan tinggi. | Sesuatu perkara yang sudah ada keputusannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nan jauh tak terjelang, nan dekat tak tertandangi. | Sudah terlalu uzur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nan jauh telah berjemput, nan hampir telah tiba. | Tentang jemputan (undangan) yang sudah sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nan dekat panggilan tiba, nan jauh kulangsing lepas. | Adat panggil memanggil; yang dekat dipanggil dengan mulut, yang jauh-jauh dikirimi surat. kulangsing = sirih pemanggil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing. | Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lah baris nan berpahat, 'lah jalan nan berturut. | Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |