Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nangka

Puisi
 

Dari cempedak baik nangka,
     Nangka panjang tangkainya;
Dari budak baik orang tua,
     Orang tua panjang akalnya.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Bagai nangka masak gugur.

Bermaksud :

Jatuhnya orang yang gemuk.

 

Lihat selanjutnya...(13)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai nangka masak menyesak sarungnya.Rupa seseorang yang tambun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai nangka masak gugur.Jatuhnya orang yang gemuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ulat nangka terhempas ke batu.Tidak serik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa makan nangka, maka kena getahnya.Siapa yang bersalah, harus dihukum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah.Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Bandingkan dengan: Seorang makan cempedak [= nangka], semua kena getahnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seorang makan cempedak (= nangka), semua kena getahnya.Seorang berbuat salah, semuanya dianggap bersalah juga; seorang mendapat kesenangan, orang lain mendapat kesusahannya. (Bandingkan dengan: Lain orang yang makan nangka, lain orang kena getah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada.Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takkan cempedak berbau nangka.Hendaklah diselidiki sesuatu perkara itu dengan saksama lebih dulu sebelum mempercayai percakapan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tanam cempedak, tumbuh nangka.Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggeletik-geletik bagai ulat nangka (= cempedak).Sangat gelisah. geletik = meronta-ronta.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas