Nasib penyapu, banyak jasa turun darjat. | Terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau. | Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih. | Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Mujur tiada berbunyi, malang tiada berbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Geruh menempuh dalam tubuh. | Nasib buruk yang mempengaruhi diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan digulai sudah melompat. | Nasib yang malang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Janjian antah tidak ceruh. | Nasib yang malang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau bertunas diganggut kambing. | Nasib yang malang. ganggut = ragut, renggut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tuak terbeli, tunjang hilang. | Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Untung sebagai roda pedati. | Nasib manusia berputar-putar turun dan naik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bayan di tangan habis terlepas. | Nasib yang malang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |