| Berkering air liur. | Nasihat yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Bagai mestika embun. | Mendengar nasihat yang baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menelan mestika embun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Didengar ada, dipakai tidak. | Nasihat yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Daun keladi dimandikan. | Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Garam jatuh di air. | Nasihat yang diterima dengan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Berunding dengan tunggul (= tungkahan). | Memberi nasihat kepada orang yang hanya diam saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Bagai mengatai tunggak (= tunggul). | Memberi nasihat kepada seseorang yang tiada menjawab. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Bagai menelan mestika embun. | Mendengar nasihat yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Menampalkan kersik ke buluh. | Memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengarnya. (Bandingkan dengan: Melekatkan kersik ke buluh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Membuat tergigit (= tercabut) lidah. | Memberi nasihat yang sia-sia kepada orang yang berkelakuan jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |