| Masam bagai nikah tak suka. | Berdukacita. masam = merengus, bersut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Nikah maharaja bumi (= Boma). | Nikah tanpa belanja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Ditambat tidak bertali. | Hidup di luar nikah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi. | Perbuatan yang tidak mendatangkan faedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Putik mendului bunga, buahnya mabuk dimakan. | Perempuan yang hamil sebelum nikah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Tanam tiada berbenih, tumbuh tiada bermata. | Anak yang dilahirkan di luar nikah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali. | Perempuan yang tidak dipelihara oleh suaminya, tapi tidak pula diceraikannya; hidup di luar nikah. sanggit = geser, gosok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |