Daun nipah dikatakan daun labu. | Kalau segan bertanya tentulah timbul salah faham. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu. | Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti tembatu dibelah. | Berserak-serak, tidak keruan. tembatu = buah yang keras seperti buah nipah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Samir tak habis, kajang pula. | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula). samir = daun nipah yang dikeringkan dipakai untuk menutup muatan: kajang = sebangsa tikar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |