Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : disebabkan oleh, kerana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Puisi
 

Sapu tangan jari berkelur,
     Oleh membeli di kedai Cina;
Suka di tangan kerana seekor,
     Suka di hati bawa merana.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Pasang pelita dilanggar tikus.

Bermaksud :

Kegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa.Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pasang pelita dilanggar tikus.Kegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melabuh-labuh bagai buntal ditiup.Kelakuan yang mengada-ada oleh kerana dipuji. melabuh-labuh = terangkat-angkat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka.Gembira oleh kerana mendengar pujian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terdorong gajah kerana besarnya.Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis geli oleh geletek, habis rasa (= bisa) oleh biasa.Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang, apabila telah menjadi kebiasaan. (Bandingkan dengan: Alah bisa, oleh [= kerana, tegal] biasa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya.Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat, b. Terdorong gajah kerana besarnya). (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak.Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar diambak, tinggi dianjung.Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Karam sambal oleh belacan.Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Rosak anak oleh menantu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas