Amak berlela, amak berupa. | Banyak tabiat, banyak olehnya. amak = terlalu banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah tangan bertuah, mumbang ditanam tumbuh juga. | Seseorang yang bernasib baik, apa saja yang dilakukan olehnya berhasil belaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tebu setuntung masuk geraham gajah. | Pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tiada terasa olehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kera memanjat pohon, kura-kura pun hendak memanjat pula. | Hendak meniru-niru membuat pekerjaan yang mustahil dapat dilakukan olehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar. | Cakapnya saja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukan olehnya. (Biasa juga: Cakap berdegar-degar, tumit di keting). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus timba tinggal tali, putus tali tinggal timba. | Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |