Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg datang dr negeri lain, orang yg datang merantau, bukan anak negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Anaklah enggang di kayu tinggi,
     Barang jatuh saya pegangi;
Orang dagang kami sanjungi,
     Semoga tuan hiburkan hati.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Menugal rajin menuai segan.

Bermaksud :

Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Telaga kering hilanglah timba.Kemakmuran habis orang-orang dagang pun pulanglah ke negeri masing-masing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menugal rajin menuai segan.Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama burung, tumpang beramai dengan kawan yang banyak.Orang dagang yang mencari hiburan di negeri asing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apung di tengah lautan; dipukul ombak, sekejap ke tengah sekejap ke tepi.Orang dagang yang melarat hidupnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kijang jika ditambat dengan rantai emas sekalipun, bila terlepas ke hutan juga larinya.Orang dagang, biar bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga ia akan negeri asalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng.Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking.Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diratapi langau hijau.Anak dagang yang mati di rantau orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan.Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui.Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas