Kaduk naik junjung. | Orang hina merasa dirinya mulia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anjing ditepuk menjungkit ekor. | Orang hina apabila dihormati, sombonglah jadinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cacing menjadi ular naga. | Orang hina menjadi orang mulia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pipit meminang anak enggang. | Orang hina (miskin) meminang anak orang mulia (kaya); sesuatu yang aneh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kapuk segaul dengan kapas, bezanya takkan lepas. | Orang mulia dengan orang hina walaupun serupa keadaannya namun bezanya ketara juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati enau tinggal di rimba. | Orang hina jika mati, tak akan disebut-sebut orang lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya. | Orang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belalang hendak menjadi elang. | Orang bodoh (= hina) hendak berlaku sebagai orang besar (= pandai-pandai). (Bandingkan dengan: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anjing menyalak di ekor (= dipanjat) gajah. | Orang lemah (hina) mencuba hendak melawan orang yang berkuasa, tentulah perbuatannya itu sia-sia saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam tak patuk, itik tak sudu. | Keadaan orang yang hina dalam masyarakat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |