Rambut bapanya sudah pindah ke kepalanya (sendiri). | Orang muda yang sudah pandai seperti orang tua-tua; orang muda yang tahu segala buruk dan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu. | Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Keladi muda, muda buahnya; menurut hati muda, berkelahi sudahnya. | Orang muda sangat mudah panas darahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rambut sudah dua macam, lagi juga berbanyak ragam. | Orang tua atau setengah umur berkelakuan seperti orang muda-muda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil jangan (= tak boleh) di sangka anak, besar jangan (= tak boleh) disangka bapa. | Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar tak boleh disangka bapa, kecil tak boleh disangka anak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kelapa muda tak berminyak. | Orang muda yang belum ada pengalaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungguhpun lemak santan, akhirnya basi juga. | Orang muda yang cantik itu akhirnya akan tua juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sehari kahwin, sehari tua; sehari beranak, sehari gila. | Orang muda yang sudah kahwin dianggap sudah masuk golongan tua (fikiran dan kelakuan), pada waktu dapat anak gembiralah ia seperti gila. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang kaya suka dimakan, orang elok (= muda) selendang dunia. | Orang hartawan yang selalu terbuka tangannya membantu orang yang melarat, orang muda perhiasan dunia (untuk puji-pujian). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga layu kembang semula. | Orang tua yang bersolek seperti orang muda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |