Bagai langau mengerumuni bangkai. | Orang ramai yang riuh-rendah bunyinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada terkajang batu di pulau. | Tiada terlayan kehendak orang ramai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telinga rabit, pasang subang di kaki. | Sesuatu hal yang tidak patut dipatutkan, akhirnya jadi tertawaan orang ramai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke laut meracik ikan, tersenyum siput; ke hutan memancing punai, tertawa badak. | Perbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai. racik = jerat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti lut dengan marakah. | Orang yang lebih pengetahuan selalu menjadi pemimpin orang ramai. lut = batu duga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berinduk semang kepada janda, bagai dokoh tali anjing. | Orang yang masih membuat perhubungan dengan jandanya ialah suatu perbuatan yang dicerca oleh orang ramai. dokoh = perhiasan leher; induk semang = perempuan yang punya rumah tempat orang menumpang; orang yang memberi pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melonjak ikan melonjak gerandang, orang melonjak dengan radai, awak melonjak dengan perut besar. | Orang kecil yang hendak menyamai orang besar-besar, akhirnya perbuatannya itu menjadi tertawaan orang ramai; peri sifat orang yang angkuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam. | Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biawak kudung masuk kampung. | Orang jahat yang dikenal ramai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. | Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |