| Mencit seekor penggada seratus. | Orang seorang menghadapi lawan yang banyak dan lebih kuat. penggada = pemukul, cokmar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Enau sebatang dua sigainya. | Satu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang; seorang perempuan yang menduakan suaminya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menghadapi jambar seorang-seorang. | Tidak menghiraukan hal-ehwal orang lain. jambar = hidangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seorang mencubit seorang menampar, yang menampar jugalah disalahkan. | Orang yang cerdik membuat kejahatan di dalam diam, tiada yang tahu; si bodoh melakukan kejahatan di dalam terang, terus disalahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Karam berdua basah seorang. | Dua orang berbuat salah, seorang saja yang kena hukum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seorang makan cempedak (= nangka), semua kena getahnya. | Seorang berbuat salah, semuanya dianggap bersalah juga; seorang mendapat kesenangan, orang lain mendapat kesusahannya. (Bandingkan dengan: Lain orang yang makan nangka, lain orang kena getah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seorang budi-budian, seorang tabung seruas. | Dua orang yang berlainan sifatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buruk dikembang pada orang, elok dipilih sama seorang. | Keburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seekor ayam tak berkokok, hari tak siangkah? | Orang yang pandai bukan seorang, sesuatu perkara itu akan terus berlaku walaupun ada seorang yang tidak menyukainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah seekor gembala dua. | Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Enau sebatang dua sigainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |