Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang. | Dua orang berselisih tentang wang atau harta, orang lain (orang tengah) juga yang mendapat untung. bertelingkah = berselisih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang. | Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama orang memelihara dirinya dalam sarang lebah. | Mempertahankan diri di tengah-tengah musuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang. | Dalam kalangan orang-orang bodoh, orang yang berpengetahuan sedikit akan mengakui dirinya pandai daripada yang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lang, si pungguk menjadi lang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apung di tengah lautan; dipukul ombak, sekejap ke tengah sekejap ke tepi. | Orang dagang yang melarat hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah terum di tengah rumah. | Orang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang yang menerimanya itu. terum = duduk, dikatakan hanya tentang gajah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Geneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu. | Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah. | Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti memekik di tengah padang luas. | Seruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berseru di padang pasir, b. Seperti berseru di tengah padang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti orang berak di tengah jalan. | Terlalu pemalu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |