Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg menghisap darah (sj lintah di darat), Haemadipsa javanica; ~ besar ark = ~ melompat ki penghisap darah (orang yg meminjamkan wang dgn mengambil bunga yg terlalu banyak), lintah darat; ~ kenyang a) besar di tengah (badan dll); b) = cincin ~ kenyang cincin yg besar dan tebal pd satu bahagian (dipakai utk melindungi jari sewaktu memegang keris); ~ hendak menjadi ular sawa prb a) perihal orang yg hina (miskin) berlagak spt orang yg mulia (kaya); b) berangan-angankan sesuatu yg tidak mungkin tercapai; spt ~ melompat prb lintah darat; spt ~ (kenyang) prb perihal orang yg setelah habis makan di rumah orang lalu pergi dgn tidak menunggu-nunggu dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pacat I

Puisi
 

Pergi mencari si kayu laku,
     Pacat sampai naik ke kaki;
Jangan termenung menongkat dagu,
     Kerja lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti pacat melompat.

Bermaksud :

Membungakan wang dengan bunga yang mahal. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lintah menghisap darah).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pacat hendak menjadi ular.Orang miskin berlaku seperti orang kaya; mengharapkan yang bukan-bukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pacat melompat.Membungakan wang dengan bunga yang mahal. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lintah menghisap darah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pacat kenyang.Sehabis makan di rumah orang, lalu pergi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pijak-pijat hendak menjadi kura-kura.Orang kecil hendak menjadi orang besar. (Bandingkan dengan: Pacat hendak menjadi ular).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti lintah menghisap darah.Membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal; menipu dengan cara yang lemah lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pacat melompat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas