Padam menyala tarik puntung. | Di mana mati, di situlah ditanam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Api padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi. | Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Api padam puntung berasap. | Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan kembali. puntung = sisa kayu api yang dibakar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana lalang habis, di situ api padam. | Di mana mati di situlah dikuburkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana api padam, di situlah [= di sanalah] puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana api padam, di situlah (= di sanalah) puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal. | Di mana mati di situlah dikuburkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kejap (= kerling) bagai pelitakan padam. | Pujian kepada perempuan yang cantik. kejap = kerling, kedip, kelip. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungkal tak berbalik, unggun padam bara. | Pekerjaan yang tidak berfaedah baik dikerjakan ataupun tidak. sungkal = pengunjam tenggala. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Api nan tak kunjung padam. | Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam. | Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga raya kembang pagi. | Muka yang merah padam kerana terlalu marah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |