Seperti tikus masuk roman. | Kecewa kerana tidak tercapai maksudnya. roman = sekam padi, bekas tangkai-tangkai padi kering. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Padi sekepuk hampa, emas seperti loyang, kerbau sekandang jalang. | Kelihatan kaya (pandai) sebenarnya miskin (bodoh); bernasib malang. kepuk = lumbung padi; jalang = liar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Paksa tekukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka. | Mendapat keuntungan tanpa bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: Padi rebah, paksa tekukurlah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Taruh beras dalam padi. | Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada beras, taruh dalam padi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada beras, taruh dalam padi. | Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Taruh beras dalam padi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk. | Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Bandingkan dengan: Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kasihkan padi buangkan rumput-rumput. | Jika kasihan anak isteri, hendaklah berhenti daripada mengasihi perempuan lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ilmu padi, makin berisi makin runduk. | Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Peribahasa lain yang sama makna: Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. | Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi, segala menjadi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput. | Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain. (Bandingkan dengan: a. Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput, b. Kasihkan padi buangkan rumput-rumput). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |