Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pagar (kata nama)
Bersinonim dengan pagar pokok, pagar hidup, pagar renek, pagar kawat, pagar pancang, pagar sua;,
Kata Terbitan : berpagar, berpagarkan, memagar, memagari,

Puisi
 

Pagar buluh anggitnya jarang,
     Akan pemagar sapi jerasa;
Dalam sepuluh jarang seorang,
     Hanya yang tahu menimbang rasa.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah,
     akan dilangkahi tinggi.

Bermaksud :

Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Mandi dalam cupak).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pagar makan padi (= tanaman).Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pancing makan umpan, b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi.Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Mandi dalam cupak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai anjing tersepit di pagar.Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berketuk (= berkotek) di luar sangkar, bertanam di luar pagar.Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. (Bandingkan dengan: Rumah sudah tukul [= pahat] berbunyi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sokong membawa rebah.Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: Pagar makan padi [= tanaman]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mandi dalam cupak.Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pancing makan umpan.Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tongkat membawa rebah.Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telunjuk mencocok (= merosok, menikam) mata.Dikhianati oleh orang kepercayaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Tongkat membawa rebah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing terpanggang ekor.Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing tersepit di pagar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas