Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga. | Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cubit paha sendiri dulu, baru cubit paha orang lain. | Pandang pada diri sendiri dulu, sebelum memandang pada orang lain. (Bandingkan dengan: Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak?). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diberi betis hendak paha. | Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja. | Pemberian yang tidak ada ertinya. (Bandingkan dengan: Memberi garam kepada laut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memberi garam kepada laut. | Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Bandingkan dengan: Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti Belanda minta tanah. | Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Diberi betis hendak paha, c. Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |