Bagai pancang digoncang arus. | Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit, e. Seperti panji-panji dituip angin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hati bagai baling-baling. | Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Baling-baling di atas bukit. | Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Hati bagai baling-baling, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin). baling-baling = penunjuk angin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai pimping di lereng bukit. | Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Seperti panji-panji ditiup angin). (Bandingkan dengan: Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti panji-panji ditiup angin. | Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang. | Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai pancang digoncang arus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun. | Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap ke rimba dalam, bertali ijuk bertambang tanduk; atau Ayam hitam terbang malam, hinggap pada pohon mempelam; atau Ayam hitam terbang malam, berdebas bunyinya). tambang = pancang untuk mengikatkan tali ayam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |