Berbaur pangkal perceraian. | Jika terlalu karib mudahlah timbul perselisihan. (Bandingkan dengan: Berdua mendatangkan perbantahan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah. | Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hulu malang pangkal celaka. | Permulaan segala bencana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujung lurus, pangkal berkait. | Kelihatannya baik, teta[I di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lurus bagai piarit, b. Telunjuk lurus, kelingking berkait). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telunjuk lurus, kelingking berkait. | Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujung lurus, pangkal berkait, b. Lurus basai piarit, c. Ujung [hujung] lurus, pangkal berkait). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh. | Anak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai. | Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ujung (hujung) lurus, pangkal berkait. | Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lurus bagai piarit, b. Telunjuk lurus, kelingking berkait). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai dekan di bawah pangkal buluh. | Pandai menyembunyikan rahsia. dekan = ulat yang makan buluh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kusut di hujung dengan pangkal, kerana salah memulai. | Seluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |