| Bukit sudah menjadi busut. | Orang berpangkat telah diturunkan pangkatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dulu besi, sekarang timah. | Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dulu permata intan, sekarang batu Belanda. | Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dulu besi, sekarang timah, b. Dulu intan, sekarang jadi batu buatan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dulu intan, sekarang jadi batu buatan. | Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dulu besi, sekarang timah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu. | Kalau sekalian manusia sama tinggi pangkatnya, nescaya sukarlah hidup ini jadinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hendak mara bedil bertinak, hendak undur gelar telah besar. | Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |