Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. punggung; 2. dubur; 3. kemaluan perempuan; 4. bahagian benda yg di sebelah bawah sekali: ~ cawan; ~ cerek; ~ kuning bp kedekut, kikir; hitam bagai ~ belanga prb tidak cantik (hitam dll); mulut disuapnya pisang, ~ dikaitnya dgn onak prb pujukan yg menganĀ­dungi tipu muslihat; spt lebah, mulut membawa madu ~ membawa sengat prb rupa elok dan manis cakapnya tetapi berperangai jahat (bkn perempuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pantat

Peribahasa

Mulut disuapi pisang,
     pantat dikait dengan onak.

Bermaksud :

Manis perkataannya, tetapi jahat maksudnya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hitam bagai buntut (= pantat) belanga.Perihal keburukan sifat seseorang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut disuapi pisang, pantat dikait dengan onak.Manis perkataannya, tetapi jahat maksudnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut bau madu, pantat bawa sengat.Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Muka licin, ekor berkedal).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Barang di mana pun pantat periuk itu hitam juga.Di mana pun juga kesalahan tetap kesalahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kena pukul di punggung (= di pantat), gigi habis tanggal.Sindiran (jawapan) yang tepat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti lebah: mulut bawa madu, pantat bawa sengat.Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut manis, hati berkait.Manis perkataannya, tetapi jahat maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut disuapi pisang, pantat dikait dengan onak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas