Perahu papan bermuat intan. | Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bangsa bermuka papan. | Tidak bermalu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berpindah ke balik papan. | Meninggal dunia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Datar bak lantai papan, licin bak dinding cermin. | Keputusan yang sangat adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kuda kencing di papan. | Percakapan yang tiada tentu hujung pangkalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Atap rumbia perabung upih, rumah besar berdinding papan. | Barang yang baik dicampurkan dengan barang yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Patah kemudi dengan (e)bamnya. | Sudah tak ada harapan lagi. bam = kayu papan balok tumpuan kemudi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Penyapu diikat sutera. | Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Perahu papan bermuat intan, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpati dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Permata lekat di pangkur. | Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti sapu diikat dengan benang sutera. | Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |