Parang gabus menjadi parang besi. | Orang yang lemah menjadi orang yang kuat (berkuasa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Suruh kerja golok Keling, suruh makan parang puting. | Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai parang buruk, tali sabut tiada tergolok. | Tidak berkuasa melakukan pekerjaan kerana terlalu lemah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dulu parang, sekarang besi. | Sudah rosak, tidak dapat dipakai lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kena parang bermata dua. | Sangat menyakitkan perasaan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengasah parang timah. | Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti parang (= pisau) mata dua. | Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pedang bermata dua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti parang timah. | Suka membuat kejahatan kepada orang, tetapi diri sendiri juga yang binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berapalah tajam pisau parang, tajamlah lagi mulut manusia. | Mulut itu lebih tajam daripada senjata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |