Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ri] | ڤاري

Definisi : sj ikan laut; ~ lalat (rimau) sj ikan laut, Dasyatis kuhli; ~ lang sj ikan laut, Rhinoptre javanica; ~ lendir (licin) sj ikan laut, Temera hardwickii; ~ nyonya sj ikan laut, Dasyatis sephen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ri] | ڤاري

Definisi : nama sj ikan laut yg bertulang rawan, Dasyatis kuhli (sephen). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pari

Puisi
 

Bulan terang menikam pari,
     Asam belimbing mengasah kuku;
Tengah malam kami ke mari,
     Bawa kawan nak bersatu.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari.

Bermaksud :

Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Talam dua muka).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kikir pari belulang kering, direndam tujuh hari tak basah.Terlalu degil atau terlalu kikir; orang yang kuat atau berkuasa. kikir = besi baja beringgit atau belulang pari untuk melicinkan kayu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari.Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Talam dua muka).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengail yu dapat setoka.Lain yang dikehendaki, lain pula yang diperoleh. setoka = pari kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti sekelat muka dua.Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari, b. Talam dua muka). sekelat = kain tenun daripada bulu domba.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Talam dua muka.Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas