Bertilam pasir. | Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah. | Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pasir di tepi pantai, (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan. | Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai mengepal pasir kering. | Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak mengepal pasir kering. | Membuat pekerjaan yang sukar. (Bandingkan dengan: Bagai mengepal pasir kering). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan jatuh ke pasir. | Berbuat baik tidak pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari. | Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai berseru di padang pasir. | Seruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti berseru di tengah padang, b. Seperti memekik di tengah padang luas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti anjing berjumpa (= dapat) pasir. | Kesukaan yang tidak pada tempatnya kerana bertemu dengan barang yang digemarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. | Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |