Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.tu/] | ڤاتوق

Definisi : ; mematuk 1. memagut atau men­catuk (biasanya dgn paruh): ayam ~ cacing; mati dipatuk ular; 2. memukul (picu atau petikan bedil): picu yg dipetiknya tidak ~ pd kali itu; ayam tak patuk, itik tak sudu prb dlm keadaan hina (tidak dipedulikan orang); ayam ~ anaknya prb memukul (menghukum) anak dll bu­kan utk menyeksa tetapi utk mengajarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tu/] | ڤاتوق

Definisi : ; daun ~ tuan sj tumbuhan (pokok memanjat), lana, Thunbergia laurifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tu/] | ڤاتوق

Definisi : ; mematuk 1 memagut dgn paruh; mencatuk: Ayam ~ cacing. 2 memukul ke depan (bkn picu senapang dll). patukan gerakan paruh ketika mematuk; pagutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patuk
Kata Terbitan : mematuk,

Puisi
 

Ya Allah Tuhan Yang Esa,
     Dikenak patuk ular yang bisa;
Jika diturut hatiku suka,
     Jika tak luka badan binasa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Ayam tak patuk,
     itik tak sudu.

Bermaksud :

Keadaan orang yang hina dalam masyarakat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti ayam patuk (= mematuk) anaknya.Menghukum anak: bukan untuk menyiksa, tetapi untuk memperbaiki kelakuan anak itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam tak patuk, itik tak sudu.Keadaan orang yang hina dalam masyarakat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Itik tak sudu, ayam tak patuk.Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kerbau menanduk anak, dengan kaparan tanduk, bukan dengan hujungnya.Marah bapa akan anaknya itu tiada sampai membahayakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam patuk [= mematuk] anaknya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati dicatuk katak.Orang kuat dialahkan oleh orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah ditelan ular lidi, c. Gajah mati dicatuk katak). catuk = patuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas