Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (pékak) daun terup yg bertanda J. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dgn baik, tuli: ayahanda orang tua, kabur mata, ~ telinga; 2. be­ngap, tidak nyaring bunyinya; ~ (-pekak) badak a) = ~ batu pekak (tuli) benar-benar; b) pura-pura tidak mendengar, sengaja tidak mahu mendengar; c) tidak men­dengar bunyi (suara) yg kuat tetapi boleh mendengar bunyi (suara) yg lembut; ~ labang kurang baik pendengarannya, tuli sedikit; yg ~ pelepas bedil, yg buta pengembus lesung, yg bisu penggera ayam, yg lumpuh penghuni rumah prb setiap orang ada gunanya; memekak membuat bising; memekakkan 1. menjadikan pekak; 2. me­nyebabkan terasa pekak: bunyi enjinnya ~ telinga. terpekak pekak dgn serta-merta (kerana kepalanya kena pukul dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak dpt mendengar sama sekali; tidak dpt mendengar dgn baik; tuli. ~ badak tidak dpt mendengar bunyi yg kuat tetapi dpt mendengar bunyi yg perlahan. memekakkan 1 menyebabkan jadi pekak. 2 menyebabkan berasa pekak: Bunyi enjin kapal terbang itu ~ telinga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pekak (adjektif)
Bersinonim dengan tuli, berat telinga, congek, kurang pendengaran, tuna kerna;,
Kata Terbitan : memekakkan,

Peribahasa

Nan pekak pelepas bedil,
     nan buta pengembus lesung,
nan bisu penggera ayam,
     nan lumpur penghuni rumah.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang itu ada dengan gunanya; simbol persatupaduan yang kukuh. penggera = orang yang menyergah, menggertak.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pekak pembakar meriam.Sesuatu yang mendapat tempat yang sesuai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan pekak pelepas bedil, nan buta pengembus lesung, nan bisu penggera ayam, nan lumpur penghuni rumah.Tiap-tiap orang itu ada dengan gunanya; simbol persatupaduan yang kukuh. penggera = orang yang menyergah, menggertak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pipit pekak makan berhujan.Sangat rajin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai si pekak tertanya-tanya.Sangat ingin mendengar khabar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti harimau kena kucing pekak.Marah bercampur takut kerana bahaya yang menimpanya. kucing pekak = perangkap besi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meragakan suara kepada si pekak.Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan, c. Meragakan pakaian cantik kepada si buta).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak ada guruh pada orang pekak, tak ada kilat pada orang buta.Kias dan sindiran tidak ada ertinya bagi orang yang bodoh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya.Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas