| Pelita kehabisan minyak. | Berwajah muram kerana kedukacitaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai pelita kehabisan minyak. | Tidak berseri-seri lagi. (Bandingkan dengan: Lampu kekurangan minyak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memasang pelita tengah hari. | Memberi keterangan tentang sesuatu perkara yang sudah jelas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pasang pelita dilanggar tikus. | Kegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti pelita: membakar diri menerangkan orang. | Mengorbankan diri untuk kesenangan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Masuk geronggang bawa pelita. | Kalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pikir (fikir) itu pelita hati. | Fikiran suluh kebenaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lampu kekurangan minyak. | Dalam keadaan payah. (Bandingkan dengan: Bagai pelita kehabisan minyak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |