Melepaskan peluru petunang. | Mengeluarkan kata-kata yang tepat. peluru petunang = peluru yang berjampi untuk mengenai sasarannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti peluru dua setuangan. | Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pelanduk dua serupa, b. Salin [= sesalin] tak tumpah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditembak dengan peluru petunang. | Perundingan yang berhasil baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada terempang peluru oleh lalang. | Kehendak orang yang berkuasa tidak tertahankan oleh orang yang lemah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Peluru perak pemecah kubu yang kuat. | Wang ringgit dapat memecahkan segala rahsia yang sulit-sulit. peluru perak = wang ringgit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seelok-elok makan peluru meriam. | Jaraknya sesuatu tempat menurut ukuran zaman dulu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak ucok (= damai) dilawan damai, hendak perang giling peluru. | Bersedia menghadapi segala kemungkinan. ucok = berunding mencari jalan damai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pinang dibelah dua. | Serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Salin [= sesalin] tak tumpah, b. Seperti peluru dua setuangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pelanduk dua serupa. | Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salin [= sesalin] tak tumpah, b. Seperti peluru dua setuangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Salin (= sesalin) tak tumpah. | Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pelanduk dua serupa, b. Seperti peluru dua setuangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |