| Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. | Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai gembala diberi keris. | Pemberian yang tidak berfaedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai menambah gelang bini. | Pemberian yang tak kelihatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Titik ditampung, meresap dipalit. | Pemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai melulutkan jebat pada kerbau. | Pemberian yang tidak sesuai dengan tempatnya. melulutkan = menggosok tubuh dengan pelutut; jebat = sebangsa kasturi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tebu setuntung masuk geraham gajah. | Pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tiada terasa olehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ditakik bagai berendang, disepakkan bagai berayam. | Pemberian gelaran yang tidak ada ertinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lading tajam sebelah. | Selalu mahu menerima pemberian, tetapi segan memberi. lading = sebangsa perang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja. | Pemberian yang tidak ada ertinya. (Bandingkan dengan: Memberi garam kepada laut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menantikan nasi disajikan di mulut. | Orang yang pemalas hanya menantikan pemberian atau kasihan orang saja, atau menantikan takdir Tuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |