Pelabur habis, Palembang tak alah. | Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi). pelabur = rangsum, catu makanan atau wang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar penat badan asalkan hati suka. | Mengerjakan sesuatu dengan suka hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tangan penat memerah, pasu mendapat santannya. | Orang lain yang bersusah payah, orang lain yang merasa nikmatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar badan penat asalkan hati suka. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan rela hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. | Orang yang sabar akan berhasil usahanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi. | Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja, c. Pelabur habis, Palembang tak alah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Arang habis binasa, tukang hembus penat saja. | Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Pelabur habis, Palembang tak alah, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti membubul jala buruk. | Penat yang sia-sia. membubul = memperbaiki jala dan pukat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angkat batang keluar cacing gelang-gelang. | Berpenat-penat mengerjakan pekerjaan orang yang tinggal terbengkalai, tetapi suatu faedah pun tidak diperoleh daripadanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |