Berlurah di balik pendakian. | Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada udang [= berudang] di balik batu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbukit di balik pendakian. | Kesusahan yang silih berganti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika tak lalu dandang di air, di gurun dirangkakkan (= ditanjakkan). | Untuk menyampaikan maksudnya, maka segala daya upaya akan dilakukan. dandang = sebangsa perahu; tanjakan = pendakian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada udang (= berudang) di balik batu. | Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Berlurah di balik pendakian). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |