Makin banyak orang, makin banyak niat. | Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. | Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain orang, lain pendapat. | Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terbalik kalang. | Pendapat yang berlawanan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kepala sama berbulu (= hitam), pendapat (= hati) berlain-lain. | Lain orang, lain fikirannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bernafas keluar badan. | Lebih percaya kepada pendapat orang lain daripada pendapatnya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Setengah bagai bunyi enggang, setengah bagai bunyi kuau. | Pendapat yang bermacam-macam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati. | Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang, lain pendapat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |