Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang. | Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pengayuh sama di tangan, perahu sama di air. | Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang. | Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biduk upih pengayuh bilah. | Tiada berdaya akan mengerjakan sesuatu pekerjaan kerana kekurangan alat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sampan ada pengayuh tidak. | Hendak melakukan sesuatu, tetapi tidak lengkap alat syaratnya. (Bandingkan dengan: Hendak hinggap tiada berkaki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa digaduhkan: pengayuh sama di tangan, perahu sama di air. | Tidak takut menghadapi lawan apabila sama-sama mempunyai kebolehan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Engkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang. | Tujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang. | Orang yang bijaksana selalu lebih dulu mencapai maksudnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ingin hati memandang (= melihat) pulau, sampan ada pengayuh tidak. | Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Utang (hutang) biduk belum langsai, utang (hutang) pengayuh datang pula. | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |