Memandikan itik. | Pengetahuan yang baik tidak berguna kepada orang yang tidak menghendakinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sukakan kemenyan, dibakar. | Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dada manusia tidak dapat diselam. | Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti lut dengan marakah. | Orang yang lebih pengetahuan selalu menjadi pemimpin orang ramai. lut = batu duga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu. | Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga. (Peribahasa lain yang sama makna: Dada manusia tidak dapat diselam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dikunyah patah gigi, ditelan sembelit. | Membuat sesuatu pekerjaan tanpa pengetahuan adalah sia-sia saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. | Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana golok kayu, ditetakkan tak makan, dijual tak laku. | Pengetahuan yang tidak sempurna, sehingga tidak mendatangkan faedah sedikit jua pun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Peti yang berisikan emas perak itu tiada dilelehkan orang. | Pengetahuan tidak mudah dihamburkan di mana-mana saja. dilelehkan = dibocorkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang, berlebih. | Ilmu pengetahuan yang serba tanggung. (Biasa juga: Untuk tabuh singkat untuk gendang panjang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |