| Katak di bawah tempurung. | Sangat picik pengetahuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti merak mengigal di hutan. | Menunjukkan pengetahuannya kepada orang-orang yang bodoh. (Bandingkan dengan: Apa gunanya merak mengigal di hutan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti katak di bawah tempurung. | Amat picik pengetahuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Membuat mahu menuras tidak. | Membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas belajar untuk menambahkan pengetahuannya tentang pekerjaan tersebut. menuras = menapis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Daunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga. | Orang yang tiada berbudi pekerti jika banyak pengetahuannya sekalipun, akan ketahuan juga; yang berguna tinggal yang tak berguna terbuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. | Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |