Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perihal (usaha dsb) meng­hasilkan (mengeluarkan), pengeluaran: Malaysia sangat terkemuka dlm ~ timah; ~ getah dan minyak kelapa sawit; benda-benda biasanya melalui beberapa tingkatan dlm ~ dan pemakaiannya; 2. pendapatan, perolehan (wang dll): meskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia membantu kami; ~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting; pajak ~ Id pajak pendapatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan (usaha, kegiatan) menghasilkan; pengeluaran: ~ minyak; Malaysia terkenal dgn ~ bijih timah dan getah. Kita telah mengkaji bahawa perubahan kimia diikuti oleh penyerapan atau ~ haba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penghasilan.

Peribahasa

Dalam berselam,
     dangkal berjingkat.

Bermaksud :

Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dalam menyelam, cetek bertimba.Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Dalam berselam, dangkal berjingkat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dalam berselam, dangkal berjingkat.Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air lalu kubangan tohor.Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar periuk besar kerak.Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar kayu besar bahannya, b. Gedang kayu, gedang dahannya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar kayu besar bahannya.Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Gedang kayu, gedang dahannya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gedang kayu, gedang dahannya.Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar kayu besar bahannya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk tiga, keluar empat.Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk lima keluar sepuluh.Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sempit bertelempu, lega berlunjur.Sesuaikanlah belanja dengan penghasilan. telempu = timpuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Titik ditampung, meresap dipalit.Pemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas